BENDERA PALESTIN BERKIBAR MEGAH DI SCOTLAND!

 

KETIKA PERLAWANAN BOLA SEPAK PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA UEFA ANTARA CELTIC FC DARI SCOTLAND DAN HAPOEL BE’ER SHEVA DARI ISRAEL, PENYOKONG CELTIC MENGIBARKAN BENDERA PALESTIN TANDA SOLIDARITI KEPADA NEGARA BERGOLAK ITU.

Penyokong Celtic mengibarkan bendera Palestin di Celtic Park.

Penyokong Celtic mengibarkan bendera Palestin di Celtic Park.

Perbuatan itu dicetuskan melalui kumpulan di laman Facebook “Fly the flag for Palestine, for Celtic, for Justice” (Kibarkan bendera untuk Palestin, Celtic dan keadilan).

Walaupun amaran telah dikeluarkan oleh UEFA, bendera Palestin yang diedarkan oleh aktivis Palestine Alliance sebelum perlawanan tetap dikibarkan oleh penyokong Celtic di stadium Celtic Park. Aktivis itu turut menggesa penyokong Celtic untuk memboikot Israel melalui pergerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS). Israel turut digelar apartheid, penjajah dan pembunuh beramai-ramai rakyat Palestin oleh aktivis tersebut. UEFA turut diminta menyertai pergerakan mereka dan tidak mengiktiraf Israel dan polisinya.

celtic3

Bendera Palestin berkibar megah di Celtic Park tanda solidariti kepada negara itu.

Kenyataan kumpulan itu di Facebook berbunyi, “Apabila seseorang mewakili Israel ia bukanlah lagi permainan; bola sepak, UEFA, dan Celtic FC dipergunakan untuk menyembunyikan sifat sebenar Israel dan memberikan penyangak itu penerimaan yang tidak patut dinikmati, sehinggalah perbuatan mereka yang dilakukan sewenang-wenangnya itu berakhir. Dan mereka mesti dihadapkan kepada undang-undang antarabangsa dan menghadapi sekatan kerana melanggar banyak resolusi PBB.”

celtic2

Celtic dijangka akan menerima hukuman dari Union of European Football Association (UEFA). Dalam peraturannya, UEFA melarang paparan melibatkan politik dalam perlawanan bola sepak. Sebelum perlawanan, penyokong Celtic telah diberi amaran; apa jua protes berbaur politik di dalam stadium boleh diambil tindakan dan membawa kepada hukuman denda dan penutupan stadium.

Pengibaran bendera ini juga tanda protes kepada Israel.

Pengibaran bendera ini juga tanda protes kepada Israel.

Malah, pihak polis Scotland turut menggesa penyokong supaya tidak membawa bendera Palestin dan boleh ditangkap jika berbuat demikian.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Celtic 5-2 Hapoel Be’er Sheva.


Tindakan ini menunjukkan bahawa dunia sedar dengan kezaliman Israel; dan kejahatan yang mereka lakukan sejak sekian lama melangkaui batas agama. Scotland yang bukan negara Islam pun sedar!

Walaupun sedar akan hukuman yang bakal diterima, penyokong Celtic tidak mahu perkara itu menjadi penghalang kepada kebebasan suara mereka. Pihak polis menggertak akan menahan penyokong yang berbuat demikian. Namun, suara kemanusiaan lebih kuat menggegar stadium. Polis tidak mampu berbuat apa-apa.

Pihak berwajib harus sedar, ini bukan hal politik, ini hal kemanusiaan!

Perlawanan ini turut menyaksikan Kemanusiaan 1-0 Israel!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s