MEMBINA JENAMA MUSLIM: APA PERANAN IKLAN TV ALHIJRAH?

15 OGOS LALU, TV ALHIJRAH MELANCARKAN PAKEJ IKLAN SENSASI DENGAN NILAI RM 5,000 DAN RM 10,000. PAKEJ INI KESINAMBUNGAN SETELAH KEJAYAAN KEMPEN IKLAN PRODUK UMMAH YANG DILANCARKAN SEJAK MEI LALU.

Iklan TV termurah di pasaran dengan harga 300% lebih rendah.

 

Sejak Mei, terdapat lebih 200 jenama produk Muslim menyertai kempen ini sebagai usaha menakluk empayar TV yang selama ini sukar ditembusi jenama Industri Kecil & Sederhana (IKS) milik pengusaha Islam. Ia satu keraian TV Alhijrah kepada usahawan Muslim yang sukar menembusi katalis TV.
Kos iklan yang mahal menyebabkan IKS Muslim terabai dan tidak dipedulikan. Ini menyebabkan kebanyakkan usahawan terpaksa bergantung kepada kaedah konvensional.

 

Usahawan yang tidak melepaskan peluang iklan di TV Alhijrah.

 

“Kami memberikan aspirasi baharu kepada IKS Muslim. Kita mahu usahawan Islam setanding di mana juga platform pengiklanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.
Terdapat lebih 100 ribu jenama IKS Muslim dalam industri dengan saiz perniagaan melebihi RM5 bilion. Namun, kekangan meluaskan empayar jenama membuatkan kuasa pasaran usahawan IKS Muslim terbatas.
“Kami tawarkan harga 300 peratus lebih murah, sejajar dengan aspirasi kami mahu melihat kuasa jenama Muslim berkembang luas,” kata Izelan.

 

Haji Izelan Basar, CEO TV Alhijrah.

 

Bagi jenama yang sudah bersama dengan TV Alhijrah sejak tiga bulan lalu, pakej sensasi ini berjaya melonjakkan jualan dan edaran mereka. Sekali gus, membawa pulangan lumayan.

 

Penghasilan video iklan tanpa caj tambahan.

 

Selain siaran iklan, pakej sensasi ini turut menawarkan khidmat rundingan dan penghasilan video iklan tanpa caj tambahan.
“Pakej ini membantu usahawan Muslimah berusia 73 tahun mempromosi telekung bikinan tangan dari rumahnya sendiri. Malah, membolehkan dua anak muda mempromosi produk sabun mandi yang berkualiti tinggi,” kata Izelan.

 

Video iklan untuk pelanggan iklan di TV Alhijrah.

 

Menyedari wujudnya ledakkan kuasa pemasaran dan pendapatan dalam kalangan usahawan Islam, TV Alhijrah tidak menoleh ke belakang.
“Kami lancarkan pakej HijrahFrenz dengan natijah yang jelas untuk memperkasakan jenama Muslim dengan harga yang mampu ditanggung oleh usahawan IKS terutama yang baru bertapak,” katanya pada MyNewsHub.
Bagi usahawan yang berminat, jangan tunggu lagi. Usah malu untuk memulakan langkah menakluk empayar TV dengan jenama anda.
Produk Anda Berhak Popular! Kalau bukan kita sesama Islam saling bergandingan untuk mengukuhkan ekonomi ummah: Siapa lagi akan membantu kita?
Jom kita iklankan jenama masing-masing!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s