B’FRENZ MEDIUM EKSKLUSIF 645 RIBU USAHAWAN PKS CAPAI PELUASAN JENAMA

Kehadiran program B’Frenz terbitan TV Alhijrah bermatlamat melengkapkan matlamat kerajaan mencapai komitmen peningkatan 5.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini melalui Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).



Tahun ini, sebagai perangsang kerajaan menyediakan 152 program dengan peruntukan RM7.34 bilion bagi membantu 645 ribu usahawan.
“B’Frenz program khusus bagi pemasaran produk jenama PKS dengan kos paling murah tetapi pengisian promosi paling mewah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Haji Izelan Basar, CEO TV Alhijrah

Menurut Izelan, kehadiran TV Alhijrah melalui program B’Frenz senagai inisiatif membantu kebangkitan jenama Muslim di negara ini.
B’Frenz mula bersiaran secara live mulai 3 September ini, setiap hari pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari. Program khusus untuk membangunkan jenama dan produk Muslim ini akan bersiaran dari Studio Digital TV Alhijrah, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Program Alhijrah B’Frenz akan bersiaran tidak lama lagi.

Dengan lima segmen berdurasi sepuluh minit per segmen, program ini menawarkan slot pakej. Setiap segmen bernilai RM10 ribu. Gabungan tiga slot utama bernilai RM30 ribu akan dijual secara promosi pada RM20 ribu.

Dengan RM20 ribu, usahawan memiliki 30 minit untuk mempromosi produk keluaran mereka. Selain pengasas jenama, tiga segmen ini menggalakkan pengusaha membawa duta dan testimoni produk untuk berkongsi pengalaman dengan penonton.

Kadar ditawarkan Alhijrah B’Frenz cukup berbaloi.

“Kami tawarkan pakej mewah pada kadar istimewa sebagai tanda kesediaan TV Alhijrah sebagai media perintis kebangkitan jenama usahawan Muslim,” kata Izelan.
Selain pakej superb pada tiga segmen utama, B’Frenz turut menawarkan pakej premium. Segmen empat dan lima dijual pada harga RM7 ribu per siaran. Kini sebagai promosi dua segmen selama 20 minit ini, ditawarkan pada harga RM10 ribu sahaja.

Tiada harga serendah ini untuk bersiaran di Alhijrah B’Frenz.

 

Sebagai bonus, kata Izelan, bagi usahawan yang membeli tiga episod penuh program ini, akan diberikan satu episod percuma. 
“Maknanya, beli tiga dapat empat episod!” Kata Izelan.

Usahawan berminat segera hubungi:

+6011 2172 1211 / +6011 2829 0198 / +6018 213 9170


Kadar terendah dengan promosi mewah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s