RAPATKAN SAF TEMA KONSERT KEAMANAN MAAL HIJRAH 1438

Demi menghidupkan seruan Rapatkan Saf sesama umat Islam dalam menyeru dunia kembali kepada keamanan, TV Alhijrah akan mempelopori Konsert Rapatkan Saf Keamanan sempena sambutan Maal Hijrah 1438 pada 2 Oktober ini.

Konsert Islami tanda solidariti umat Islam itu akan menyatukan persembahan artis Muslim dari 10 negara Asean dalam konsert selama dua jam yang akan dipancarkan serentak secara percuma bagi siaran semua stesen dan saluran televisyen tempatan.

Konsert Keamanan sempena tahun baru Hijrah.

“Konsert artis Muslim dari negara Asean ini akan bersiaran selama dua jam mulai 9.00 malam dengan persembahan yang sepaksi, mengenai pentingnya suara keamanan dalam Islam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.
Dunia Islam, kata Izelan harus menjadikan tahun Hijrah 1438 sebagai tahun mempromosi idea keamanan dalam Islam sebagai jawapan kepada dunia yang sedang berdepan dengan Islamophobia.

Opick dijangka turut serta.

 

20 artis dari sepuluh negara Asean akan bersatu. Antara artis yang dijangka menyertai konsert ini termasuk Opick dari Indonesia serta Ramli Sarip dari Singapura.


Papa rock, Ramli Sarip yang terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan.

 

“Kami tawarkan secara percuma pada semua stesen TV untuk menyiarkan konsert ini serentak secara siaran langsung. Ini simbolik solidariti ummah di negara ini dalam mempromosi keamanan,” kata Izelan.

Izelan Basar, CEO TV Alhijrah.

 

Konsert itu akan dipancarkan secara langsung dari Studio ABS di Cyberjaya.
“Kami juga memenuhi janji kami untuk menjadikan Cyberjaya sebagai spot u antarabangsa dalam navigasi industri penyiaran,” kata Izelan.

Alhijrah Big Studio, Cyberjaya bakal menjadi pentas Konsert Keamanan.

 

Istimewa untuk turut menyumbang kepada solidariti, TV Alhijrah kini mencari sepuluh rakan penaja untuk ikut serta dengan nilai tajaan antara RM30 ribu hingga RM50 ribu.
“Sekali lagi suara keamanan menjadi milik semua. Rakan kolaborasi diraikan dalam kalangan usahawan produk jenama Islam,” kata Izelan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s