EPISOD PERTAMA LABBAIKALLAH FENOMENA SENTIMENTAL ZIARAHI TANAH SUCI

Keterharuan dan rasa syahdu terpana melihat kota suci Madinah dan keindahan Baitullah buat pertama kali adalah sentuhan yang terpancar dalam episod pertama Labbaikallah yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Labbaikallah, program tahunan TV Alhijrah.


Episod pembuka kembara Musim Haji 1437 ini mengisahkan perjalanan lima kru TV Alhijrah yang pertama kali menjejak Tanah Suci menunaikan Ibadah Haji.

Kru TV Alhijrah yang membawakan laporan khas dari Tanah Suci.


“Pertama kali melawat tempat bersejarah sekitar kota Madinah, hati saya tersentuh,” kata wartawan Syafinaz Yunus.
Dalam temubual secara langsung bersama hos Labbaikallah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, dimaklumkan juga, semalam, Kota Mekah dilanda hujan.

Ustaz Don Daniyal ketika ‘mencuba’ pentas baru Labbaikallah.

Menurut Syafinaz, sejak sepuluh hari lalu Mekah dilanda cuaca panas mencecah 42 darjah celcius.
Cuaca panas menyebabkan jemaah menikmati keenakkan ais krim bagi tujuan mengawal suhu badan.

Syafinaz Yunus selaku wartawan TV Alhijrah di sana.


Namun semalam, keajaiban berlaku untuk pertama kali sejak kru TV Alhijrah tiba di Mekah.
“Sebaik saja mendengar bunyi guruh dan langit mendung, kami tidak sabar menanti hujan. Melihat hujan turun kami berlari keluar menikmati curahan air,” kata Syafinaz.

https://instagram.com/p/BJp4wr1Axec/
Ustaz Don Daniyal mengendalikan program 30 minit dari Studio Digital Pusat Islam. Selain temubual secara langsung, Labbaikallah turut menyiarkan laporan perkembangan semasa lebih 12 ribu jemaah haji Malaysia yang kini sudah berada di Kota Suci.

Episod pertama Labbaikallah.


Labbaikallah akan bersiaran pada 9.00 malam setiap hari bermula semalam. 
Episod seterusnya akan menampilkan perkhabaran haji dari bintang popular Neelofa yang akan berada di Tanah Suci tahun ini.

Neelofa bakal ke tanah suci.


Selain info khabar haji, penonton berpeluang menyertai Kuiz Musim Haji yang menawarkan hadiah sebuah kereta Proton Saga, tiga motosikal Modenas dan enam pakej umrah tajaan Omega Travel & Tours.

Hadiah menarik untuk penonton Labbaikallah.


Jadi lupa, saksikan Labbaikallah 9.00 malam ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s