logomerdeka_cover-1070x468

Raikan Merdeka dengan semangat perpaduan dan kecintaan pada ibadah dan ilmu.

Itu rantaian kandungan program menarik di TV AlHijrah.

Motivasi Perdana bersama Datuk Profesor Muhaya

7.00 Malam : Program Motivasi Perdana memulakan rali kempen Ilmu & Ibadah Hari Merdeka dengan tema Pemikiran Positif. Program ini membawa tips teknik berfikir secara positif dan kesannya kepada kekuatan diri.

Motivator Datuk Prof. Muhaya Muhamad akan mendedikasikan fungsi berfikir positif serta kesannya kepada tindakan relatif diri.


8.00 Malam : Berita AlHijrah bersiaran dengan isu-isu berkaitan Islam dan Ummah serta laporan khas kemerdekaan


WhatsApp Image 2016-08-31 at 09.38.01
Hos Kongsi Berita : Khairul Wasiril Aswad

8.30 Malam : Program yang mula melonjak popular demgan laporan kompilasi klip video viral Kongsi Berita bersama hos popular Khairul Wasiril Aswad

Antara laporan klip viral menarik Kongsi Berita malam ini adalah berkaitan Hari Kemerdekaan Negara.


Hos Labbaikallah : Ust Don Danial Don Biyajid bersama tetamu jemputan

9.00 Malam : Program eksklusif dari Tanah Suci Labbaikallah dengan hos popular Ustaz Don Danial Don Biyajid. Labbaikallah malam ini bersama artis popular Neelofa yang berkongsi kisah menarik pengalaman pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci.

Promo program kini bersiaran dengan momen airmata Neelofa berkongsi perasaan terharu ketika berada di depan Kaabah.

Raikan Hari Merdeka dengan Ilmu & Ibadah. Pastikan pilihan anda adalah TV AlHijrah.

#islamisfirstclass