etihad airways 1

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Etihad Airways mempelawa rakyat Malaysia untuk meneroka dunia menerusi nilai tambang istimewa ke destinasi popular terpilih antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu berkata tawaran sempena Pameran Perjalanan MATTA itu menawarkan diskaun sehingga 50 peratus tambang udara kelas perniagaan dan ekonomi ke bandar raya di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Ini termasuk destinasi dalam kumpulan rakan penerbangan Etihad seperti airberlin, Alitalia, Air Serbia, Air Seychelles, Etihad Regional, Jet Airways dan NIKI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Etihad Airways berkata tawaran itu dibuka sehingga 11 Sept, 2016 bagi perjalanan sehingga 30 Jun, 2017 dan boleh dibeli menerusi ejen pejalanan atau di etihad.com.

BERNAMA