MALAYSIA KAJI SISTEM PEMBIAYAAN NGO ALAM SEKITAR DI HUNGARY

 

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 1


PUTRAJAYA, 1 Sept – Malaysia akan mengkaji sistem pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Hungary untuk mencari amalan pembiayaan NGO berkaitan alam sekitar yang lebih bersesuaian di negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada masa ini, katanya, Malaysia tidak mempunyai mekanisme sumbangan secara menyeluruh kepada NGO berkaitan alam sekitar dan sumbangan yang diterima NGO secara terus dari kerajaan sekarang adalah berdasarkan amalan sejak dahulu.

“NGO alam sekitar di Malaysia aktif membantu menjaga alam sekitar dan hidupan liar. Bagaimanapun pembiayaan merupakan kekangan yang dihadapi oleh NGO berkenaan dalam melaksanakan fungsi atau aktiviti masing-masing.

Perbincangan boleh diadakan dengan melihat sistem yang diamalkan di Hungary yang mana satu peratus daripada cukai syarikat korporat besar diagihkan kepada badan-badan yang patut menerima bantuan,” katanya selepas mempengerusikan Sesi Khas Bersama NGO Berkaitan Alam Sekitar di Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata antara cadangan yang dibangkitkan oleh wakil NGO dalam perjumpaan hari ini adalah mewujudkan sekretariat atau urusetia yang berpejabat di kementerian untuk menyelaras kerjasama antara agensi di bawah kementerian dengan NGO.

“Cadangan ini amat baik dan akan dibincang di peringkat pegawai kanan kementerian untuk mengkaji bagaimana boleh mewujudkan sebuah sekretariat tanpa libatkan sumber kewangan tambahan daripada kerajaan,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s