kelebihan-nifsu-syaban-syamsul-d-520x293

7.00 Malam : Sempena Musim haji, program Top 10 TV AlHijrah, Syamsul Debat akan bersiaran.

Syamsul Debat yang kini dilihat sebagai ikon baharu penceramah agama dengan pendekatan humor akan muncul dalam episod akhir musim ketiga bertemakan “Menangis Kerana Takutkan Allah”.

Masih dengan set yang sederhana tetapi memenuhi mood kontemporari, Syamsul Debat menghidupkan suasana surau di setiap rumah penonton.


Program Labbaikallah
Program Labbaikallah

9.00 malam : Jangan lupa bersiaran langsung bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam Labbaikallah. Program laporan harian perkembangan musim haji.

Episod malam ini dengan laporan eksklusif Tim Haji TV AlHijrah di Mekah yang akan menyediakan laporan Dapur Haji. Penonton akan dapat melihat proses penyediaan makanan untuk para jemaah.

Selain cabaran menyediakan makanan berkhasiat untuk jumlah jemaah yang besar, Tim Dapur Haji perlu memastikan jamuan disediakan tepat pada waktunya.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya prinsip Tim Dapur Haji: “Bangun pagi setiap hari dengan iltizam memasak untuk ayah dan ibu”.

1524bf77-0535-4866-aa5b-8da48a67ce2d

7aba2a35-cc27-4a18-8cde-6222568b5889

de9ed70a-4ec8-4b01-94e2-ef79af233cad


Setelah menyaksikan Syamsul Debat dan sebelum menonton Labbaikallah, kekal bersama TV AlHijrah mengikuti perkembangan isu semasa mengenai Islam bersama Berita AlHijrah pada 8.00 malam. Serta saksikan pelbagai klip viral dalam Kongsi Berita pada 8.30 malam.

#islamisfirstclass