MERDEKA: IMEJ MODEN SEGAR WARNAI 30 MINIT USTAZ DON 

Sempena 59 tahun kemerdekaan, program 30 Minit Ustaz Don (30MUD) tampil segar dengan imej baru.

Kali ini Ustaz Don Daniyal tampil kasual dan santai dengan imej moden anak muda merdeka.

Imej Ustaz Don lebih segar dan muda.

Program ini turut menyajikan kandungan program bertemakan kemerdekaan dari aspek Islam. 
Selain berkongsi pengalaman melalui detik-detik kehadiran penjajah ke Tanah Melayu, progam 30MUD ini juga mengaitkan kemerdekaan dengan kisah-kisah Nabi serta para sahabat dalam usaha menyebarkan dakwah dan agama Islam yang turut dilihat sebagai cabaran dalam mencapai kemerdekaan yang sebenar dalam Islam.

Set program sempena kemerdekaan juga tampil segar.


Selepas penghijrahan, Zulkifli Yahya atau lebih dikenali Zul Yahya buat julung kalinya muncul di kaca TV berkongsi pengalaman ketika terserempak dengan Komunis sekitar 80-an. 
Ustaz Don juga turut berkongsi cerita ketika era penjajahan Jepun. Juga menyentuh kebebasan beribadah umat Islam di Malaysia tanpa kekangan & tentangan.

Zul Yahya menjadi tetamu jemputan Ustaz Don.


Program yang menampilkan Zul Yahya dan Salehudin Abu Bakar (Tai) sebagai tetamu undangan melalui perubahan waktu siaran iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula September ini, jam 7.00 malam hingga 7.30 malam. 


Tai ‘Apa Celop Toq’ turut menjadi tetamu jemputan 30MUD


Telusuri kemerdekaan bersama TV Alhijrah! #sehatisejiwa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s