HUKUM GUGUR KANDUNGAN KERANA ZIKA

Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika. 

Bayi lahir berkepala kecil dikaitkan dengan virus Zika.


Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta’ memutuskan bahawa pengguguran janin adalah:

  1. DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.
  2. Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:

َارتِكَاب أَخَفُّ الضَرَرَين
Maksudnya: “Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan”
 

Usia kandungan mempengaruhi hukum pengguguran bayi.


Ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup untuk diselamatkan berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka jika ia tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah DIHARAMKAN.
 
Kes Yang Berkaitan
Dalam meneliti isu dalam dunia perubatan dunia moden berkaitan pengguguran janin, terdapat satu pandangan yang dinyatakan oleh Dr. Hassan al-Jizani berhubung pengguguran janin yang menghidap thalassemia. Kami ringkaskan dalam dua noktah penting yang wajar difahami.
 

  • Sebelum 120 hari.

BOLEH digugurkan janin jika kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya. Ketika itu, harus menggugurkan janin mengikut kehendak kedua ibu bapanya.
 

  • Selepas 120 hari

TIDAK BOLEH digugurkan janin kecuali sekiranya janin ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti thalassemia dan telah diperakukan oleh pakar perubatan yang diyakini ketika itu. Keputusan ini adalah selari dengan keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang bersidang di Makkah al-Mukarramah pada 10 Februari 1990. Para ulama’ yang bersidang pada ketika itu juga memberi nasihat kepada pakar perubatan dan para ibu bapa agar bertakwa kepada Allah dan cuba menerima ujian ini dengan tabah seupaya mungkin. Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu BOLEH digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa.
NOTA PENTING: Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit thalassemia yang boleh diqiyaskan bagi isu virus Zika ini, jika sekiranya dapatan kajian dari pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus Zika boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri. Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu.
 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.


Melihat kepada perkembangan terkini, kami merasakan isu virus Zika amat perlu diberi perhatian yang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga masyarakat. Ini kerana kesan daripada virus tersebut amat bahaya dan mengundang pelbagai bentuk penyakit seperti microcephaly (walaupun masih di peringkat kajian bagi membuktikan kaitan secara langsung) dan lain-lain.
Justeru, amat perlu masyarakat melaksanakan arahan dan panduan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu ini seperti menjaga kebersihan, mengelakkan daripada serangan nyamuk dan berjumpa doktor tatkala terdapat simptom-simptom virus Zika.

Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.


Seterusnya, berkenaan dengan pengguguran janin disebabkan jangkitan virus Zika, sila lihat perbahasan kami di atas pada subtajuk “Kes Yang Berkaitan”. Perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya. Selepas itu, barulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas.

– Dipetik dari “Bayan Linnas Siri 68: Hukum-hukum Berkaitan Virus Zika” di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1165-bayan-linnas-siri-68-hukum-hukum-berkaitan-virus-zika

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s