MUSIM HAJI: ARTIS POPULAR KONGSI PENGALAMAN BERSAMA LABBAIKALLAH

Selepas Aizat Amdan dan Neelofa, tiba giliran Afdlin Shauki, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Siti Nurhaliza muncul dalam program Labbaikallah.

Aizat Amdan, mendapat ilham di depan Kaabah.

Aizat Amdan berkongsi pengalaman peribadi bagaimana pertama kali hatinya terkedu lalu jatuh cinta pada kebesaran Kaabah. Sebagai insan biasa dirinya merasa kekerdilan diri saat menatap Kaabah pada kali pertama.
Manakala Neelofa bercucuran air mata menceritakan detik-detik mengatur langkah mendekati Kaabah. Betapa dari kejauhan bayangan Kaabah yang ditatap sedikit demi sedikit meruntun jiwanya lalu menangis tersedu-sedu.
 

Itu pengalaman saat menunaikan umrah. Semalam Neelofa terbang lagi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama.
Malam ini giliran Afdlin Shauki pula berkongsi isi hati berada depan Kaabah. 

Afdlin Shauki mengerjakan umrah suatu ketika dahulu.

 

Apa pengalaman Afdlin? Apakah komedian popular dan pelakon jiwa kental serta serba berani ini menangis?

Datuk Siti Nurhaliza juga bakal bersama Labbaikallah.

 

Apa pula pengalaman Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rosyam Nor?

Ikuti Labbaikallah di TV Alhijrah yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Labbaikallah bakal menampilkan Datuk Rosyam Nor.

 

Hari Tasyrik makin hampir. Kaabah makin dekat di hati 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia. Serta empat juta jemaah dari lebih 150 negara yang kini telah berada di Tanah Suci.
Jangan lepas peluang bersama Labbaikallah pada 9.00 malam ini di TV Alhijrah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s