B’Frenz sebuah program bual bicara bisnes terbitan TV Alhijrah melancarkan kempen Perang Jenama bagi merancakkan lagi usaha besar-besaran mempromosi produk usahawan Muslim.

Program sejam bermula pada 12.00 hingga 1.00 tengahari itu menyediakan lima segmen promosi.
“Tiap segmen selama 10 minit. Kami tawarkan pada harga RM20 ribu bagi sepuluh hari pertama siaran B’Frenz bermula 15 September ini,” kata Eksekutif Kanan Jualan Media, Noorfiha Kasa.

Program B’Frenz merupakan program baru dengan set pentas yang segar bagi usahawan mempromosi produk.

Keistimewaan program ini, kata Noorfiha, selain memberi ruang pada usahawan Muslim memperkenalkan produk, hos program turut menemubual latar belakang perniagaan serta sejarah jenama produk.
“Tiap usahawan punya kisah tersendiri. Mereka gambaran jati diri Islam dalam menghadapi cabaran bisnes. Tiap usahawan ada kisah jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Ia menarik untuk dijadikan motivasi,” kata Norfiha.

Hubungi segera untuk maklumat lanjut.

Usahawan yang berminat untuk mendapat tawaran istimewa sepuluh hari pertama B’Frenz diminta segera menghubungi hotline:

011-21721211/ 011-28290198/ 018-2139170
Pakej normal program ini dijual pada harga RM30 ribu bagi siaran seterusnya selepas period promosi bermula 25 September. 

Pakej normal pada harga RM 30 ribu.

Usahawan Muslim dipelawa mengisi slot sepuluh hari ini sebagai bonus pengenalan program. Sila rebut segera. Promosi istimewa ini hanya sepuluh hari pertama siaran.