Theresa May selamat dari undi tidak percaya


KUALA LUMPUR  – Perdana Menteri Britain, Theresa May terselamat daripada ancaman besar kepimpinannya pada Rabu  apabila berjaya melepasi undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya  yang  dikatakan bakal membawa negara ke kancah  krisis yang berpanjangan, lapor The New York Times.

Bagaimanapun para pemerhati menjangka kemenangan itu  hanya jangka pendek sekiranya ada sesuatu yang berlaku dalam masa terdekat.

Walaupun Theresa May dilihat masih bertahan  tetapi tentangan terhadap rancangann untuk membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) kelihatan lebih buruk daripada sebelumnya.

Akhbar itu melaporkan, suatu yang sangat mengejutkan ialah tentangan kuat terhadapnya datang dari dalam partinya sendiri yang membuatkan Perdana Menteri itu sukar untuk medapat mandat bagi Britain meninggalkan  EU atau Brexit.

“Inilah misi baru kita,” kata Theresa May  di luar pejabatnya di 10 Downing Street, London selepas undian pada hari Rabu lalu.  Beliau menambah, “Menyerahkan Brexit yang diundi oleh rakyat, membawa negara kembali bersama dan membina sebuah negara yang benar-benar berfungsi untuk semua orang.”

Beliau memenangi undi hanya selepas menjanjikan memberi laluan kepada pemimpin muda lain selepas isu Brexit  selesai,  demikian menurut laporan mesyuarat Parti Konservatif  sebelum undian berlangsung.  Janji itu melenyapkan spekulasi bahawa beliau terus memimpin parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Seorang pakar undang-undang Parti  Konservatif, George Freeman dipetik sebagai berkata, “Dia (Theresa May) telah mendengar, mendengar dan menghormati kehendak parti itu.  Selepas  menyelesai isu Brexit, dia akan memberi laluan pemimpin baru. “

Dalam undi pada Rabu lalu,  Theresa May mendapat sokongan 200 Ahli Parlimen Parti Konservatif  dan 117 menentangnya.  Undi protes itu sebenarnya melampaui ramalan  dan menyukarkan  Theresa May di Parlimen  kerana tekanan daripada musuh-musuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *