10 PATI FILIPINA CUBA MASUK SEMPORNA

Last Updated on

SEMPORNA, 16 Dis — Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin Filipina termasuk juragan dan pembantu bot menyusup masuk ke Semporna melalui kawasan laut Pulau Omadal, semalam.

Bernama melaporkan bahawa Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 10.40 pagi, hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM).

“Sebuah perahu kayu mencurigakan ditahan dan didalam terdapat juragan berusia 38 tahun dan pembantunya berusia 35 tahun selain terdapat tujuh lelaki dan tiga perempuan berumur antara setahun hingga 72 tahun dan kesemuanya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Leave a Reply