ALIRAN MASUK DANA ASING BERTAMBAH BAIK – PENGANALISA

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Aliran masuk dana asing dijangka bertambah baik pada minggu-minggu berikutnya seperti yang ditunjukkan melalui kemasukan sebanyak RM123.3 juta dana asing pada Khamis, kemasukan tertinggi sejak 8 November.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata kemasukan yang tinggi juga membantu menurunkan aliran keluar bersih dana asing minggu lalu sebanyak RM181.1 juta sehingga Khamis.

Mengatakan bahawa ini mungkin petunjuk dana asing melihat Malaysia dengan lebih positif, beliau menambah, lebihan akaun semasa negara yang konsisten membantu terhadap sentimen yang kukuh ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *