AZIZULHASNI RAIH PERAK DI LONDON

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak acara keirin lelaki pada siri keempat Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Sabtu.

Pingat emas dan gangsa acara itu masing-masing dimenangi pelumba Belanda, Matthijs Buchli serta Theo Bos.

“Mengambil semangat daripada pasukan Harimau Malaya (bola sepak negara) yang beraksi di AFF Suzuki Cup, saya telah berjaya mendapat pingat Perak dalam acara Keirin di Kejohanan UCI Track Cycling World Cup London 2018 di mana kejohanan ini disertai sebanyak 47 negara. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *