BANJIR TERENGGANU SEMAKIN PULIH

Last Updated on

KUALA TERENGGANU, 16 Dis — Banjir di Terengganu beransur pulih tengah hari ini dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup secara berperingkat mulai pukul 10 pagi tadi.

Hanya satu PPS masih beroperasi di Hulu Terengganu iaitu PPS di Kampung Pengkalan Ajal yang menempatkan seramai 64 mangsa daripada 20 keluarga ketika ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata cuaca di kebanyakan daerah juga semakin baik hari ini.

“Ketika ini pergerakan awan tebal yang membawa hujan lebih tertumpu ke utara Terengganu iaitu sekitar daerah Besut dan Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula melaporkan hanya Sungai Nerus di Setiu melepasi paras amaran manakala sungai lain masih berada di paras waspada.

— BERNAMA

Leave a Reply