TEMPATKAN KEDUTAAN DI BAITULMAQDIS ADALAH SATU TINDAKAN KEGANASAN – TUN M

Last Updated on

SINGAPURA:  Cadangan Australia untuk menempatkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis disifatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai suatu tindakan keganasan.

Dikenali sebagai individu yang tegas dan lantang, Dr Mahathir akui menyuarakan pandangan itu dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Scott Morrison.

Bagaimanapun, Australia masih belum membuat sebarang ketetapan berkenaan cadangan itu.

“Seperti saya maklumkan, dalam menangani keganasan, pertama sekali kita perlu tahu puncanya.

Dr Mahathir sebelum ini dikenali sebagai individu yang lantang terutama dalam membela nasib rakyat Palestin.

“Menambahkan lagi punca keganasan, ia tidak akan membantu. Saya nyatakannya kepada beliau (Morrison). Australia belum buat sebarang keputusan dan mereka akan menilainya,” katanya kepada media seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini pada Khamis.

Bercakap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu, Dr Mahathir menyifatkan tekanan yang dihadapi rakyat Palestin sudah cukup terseksa.

Leave a Reply