PT3: 98 PELAJAR MAAHAD LELAKI DAPAT 11A

Last Updated on

MAAHAD MUHAMMADI
Sebahagian pelajar cemerlang Maahad Muhammadi Lelaki  ( Gambar diambil dari Facebook Maahad Muhammadi Lelaki)

KOTA BHARU 18 Disember – Pada tahun ini, seramai 98 orang daripada 187 pelajar Maahad Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan yang mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh 11A.

Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, seramai 24 pelajar mendapat keputusan 10A, 21 (9A), 13 (8A), 14 (7A), 12 (6A), 2 (5A) dan 3 lagi (4A).

Secara keseluruhan, keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 52.41 peratus dibandingkan tahun lalu 26.91 peratus, jelas pengetuanya, Ustaz Kamarjan Abdul Rahman.

Tambah Kamarjan, kerjasama para guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar sendiri menjadi pencetus pada pencapaian cemerlang ini.

Apa yang dicapai oleh para pelajar Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Kelantan ini sekaligus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa kebanyakan maahad tahfiz tidak mampu untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik.

Leave a Reply