BRAZIL BAKAL PINDAH KEDUTAAN KE AL-QUDS

bolsonoro n netanyahu

Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Brazil dalam proses menentukan tarikh untuk memindahkan kedutaannya daripada Tel Aviv ke Al-Quds (Jerusalem).

Dalam pertemuan dengan para ketua komuniti yahudi Brazil di Rio de Janeiro, beliau menyatakan bahawa perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

Netanyahu merupakan perdana menteri Israel yang pertama melawat Brazil dan mengadakan perjumpaan rasmi dengan Bolsonaro pada Jumaat lepas.

Dalam kenyataannya selepas perjumpaan itu Bolsonaro berkata ” kami memerlukan sekutu, rakan dan juga saudara yang baik seperti Benjamin Netanyahu”.

Manakala Netanyahu menyatakan bahawa Bolsonoro telah menerima pelawaan beliau untuk mengadakan lawatan ke Israel yang berkemungkinan dijadualkan pada Mac depan. – Al-Quds Foundation Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *