KPDNHEP WPKL PASTIKAN BEKALAN PETROL MENCUKUPI

Last Updated on

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menggiatkan pemeriksaan dan pemantauan di 233 buah stesen minyak yang beroperasi di bawah jajahannya.

Pengarah pejabat KPDNHEP WPKL, Ummi Nasrah Othman berkata, langkah itu bagi memastikan bekalan bahan api petroleum mencukupi dan mudah didapati pengguna terutamanya menjelang penyelarasan harga runcit produk petroleum tengah malam ini.

“Bermula 26 Disember haritu kita laksanakan lebih agresif. Kita telah melaksanakan pemeriksaan dan menyerahkan notis kepada pengusaha stesen minyak Kuala Lumpur. Kita nak pastikan bekalan minyak mencukupi dan tidak berlaku stock out.”

KPDNHEP WPKL menjalankan pemeriksaan bekalan petrol di stesen minyak BHP Jalan Kuching

Tambah beliau pengusaha yang memegang lesen runcit bahan api petrol dan diesel tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang mewajibkan pengusaha memastikan bekalan bahan api mencukupi untuk jualan harian.

Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, pengusaha boleh didenda sebanyak RM1 juta atau penjara selama 3 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sehubungan itu pengguna yang menghadapi kesulitan diminta berhubung dan membuat aduan kepada KPDNHEP dan orang awam diseru untuk tidak membuat pembelian panik menjelang 1 Januari ini.

Leave a Reply