JADIKAN KEGAGALAN SEBAGAI PENGAJARAN – TUN MAHATHIR

Last Updated on

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdoa agar kehadiran tahun baharu akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan lebih tinggi.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman Twitter @chedetofficial, beliau berkata 2018 merupakan tahun mencabar dengan pelbagai peristiwa pahit manis.

“Diharap segala resolusi yang dibuat pada awal tahun lalu berjaya dicapai.”

“Saya berdoa agar segala kejayaan dan kegagalan dijadikan pengajaran. Semoga kehadiran tahun baharu ini beri makna besar bagi kita semua dan beri kita dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi.”

Video berdurasi seminit itu, Tun Dr Mahathir turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada rakyat Malaysia dan menyampaikan ucapan sama dari isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali – Sinar Harian

Semoga kehadiran tahun baru ini memberi makna yang besar kepada kita semua dan memberi kita dorongan untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 kepada semua rakyat Malaysia. pic.twitter.com/55Aj4aD9uc— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 31, 2018

Twitter Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Leave a Reply