PEROKOK “DIASUH” SEBELUM DIKOMPAUN

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad beramah mesra dengan pelanggan restoran ketika ‘Walkabout’ Promosi Tempat Makan Sebagai Tempat Larangan Merokok

Buat sementara waktu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya mengeluarkan notis amaran kepada individu yang ditangkap merokok di dalam kawasan larangan.

Manakala kompaun akan mula berkuatkuasa bermula 1 Julai 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan di peringkat permulaan ini bertujuan mendidik golongan itu.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sidang media

“Penguatkuasaan ini bukan berniat menghukum, tetapi kita mahu rakyat Malaysia ambil berat dan bertanggungjawab tentang kesihatan,” jelas Dr. Dzulkefli.

“Bukan sahaja orang awam, pemilik premis juga perlu memberi kerjasama bertindak memainkan peranan mereka.

Bagi memastikan penguatkuasaan itu mencapai matlamat, seramai 5008 penguatkuasa KKM seluruh negara akan mula bertugas.

Sebahagian dari 5000 penguatkuasa KKM seluruh negara

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai program “walkabout” promosi tempat makan sebagai tempat larangan merokok di sekitar Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, KKM akan terus memantau beberapa premis lain yang akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.

Vest yang dipakai penguatkuasa KKM tertera tulisan “KL BAR” – Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok

Antara yang mendapat perhatian ialah dobi layan diri berikutan premis itu kebiasaannya dipenuhi orang awam.

Tinjauan wartawan turut mendapati wajah-wajah ceria pelanggan di restoran dan kedai makan kerana tiada lagi asap rokok berterbangan di segenap ruang premis.

Perokok dilihat akur dengan penguatkuasaan larangan itu, bermula hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *