RIBUT PABUK, OMBAK HAMPIR 5 METER

Last Updated on

Laut bergelora dan ombak mencapai ketinggian lebih 4.5 meter memaksa amaran dikeluarkan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di pantai dan laut sekitar Terengganu.

Ia bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran ribut tropika Pabuk yang melanda negeri berkenaan ketika ini.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam melaporkan ribut tropika Pabuk berada di kedudukan 6.1°N, 104.5°E.

Ia bergerak 15km sejam menuju Barat Laut menghampiri Segenting Kra.

Keadaan itu mencetus hujan lebat dan angin kencang sehingga 60km sejam.

Leave a Reply