MANGSA PABUK BAKAL TERIMA SUMBANGAN

Video: Mangsa Ribut Tropika Pabuk Bakal Terima Sumbangan

Prihatin dengan mangsa ribut tropika Pabuk, kerajaan Terengganu akan menyalurkan bantuan dan sumbangan khas buat mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, pihaknya sedang meneliti bilangan sebenar mangsa terlibat di setiap daerah memandangkan ribut berkenaan masih belum berakhir.

Jumlah dan jenis bantuan akan diputuskan setelah segala kerosakan dan kerugian dikenalpasti dan dinilai pihak berkaitan.

Bantuan kepada mangsa adalah dari Tabung Darul Iman (TDI) serta peruntukan khas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *