Lawatan ke Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin

Last Updated on

John Bolton melawat Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS – Kunjungan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton ke Kota Lama Baitulmaqdis telah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Berita Sinar Online menyatakan bahawa Bolton yang merupakan penyokong kuat tindakan kekerasan rejim Israel ke atas penduduk Palestin melawat Tembok Barat dan terowong bersebelahannya, semalam sebelum bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat turut mengutuk kunjungan Bolton yang diiringi rakan sejawatannya di Tel Aviv, Meir Ben-Shabbat dan Duta Israel ke AS, Ron Dermer yang didakwa menjejaskan undang-undang antarabangsa dan mempromosikan huru-hara.

Tindakan itu tidak akan mengubah fakta bahawa Baitulmaqdis Timur adalah ibu negara Palestin tegasnya. Menurut Erekat, isu tuntutan kedaulatan Israel ke atas Kota Lama itu adalah semata-mata bermotifkan politik dan tiada kaitan dengan agama.

Leave a Reply