ASSEM BARGHOUTHI DITAHAN TENTERA ISRAEL

Assem merupakan seorang aktivis anti penempatan haram Israel – Al-Quds Foundation

Tentera Israel mendakwa telah berjaya menangkap salah seorang aktivis anti penempatan haram Israel, Assem Barghouthi, yang disyaki telah membunuh tiga tentera Israel di kawasan penempatan haram Tebing Barat Givat.

Assem, 30an, telah ditahan di kawasan perkampungan Abu Shukheidem yang terletak di barat laut Ramallah.

Assem yang berasal daripada perkampungan Kober, dituduhterlibat dalam serangan yang dilancarkan oleh kumpulan anti penempatan haram bersamasaudara beliau, Salah yang telah ditembak mati oleh pihak Israel pada 13Disember di utara Ramallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *