Atlet Israel dilarang masuk Malaysia

Gambar hiasan

Israel terus dimalukan apabila Malaysia tidak membenarkan atlet renang paralimpik negara itu memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel.

“Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” lapor Free Malaysia Today.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong

Beliau berkata demikian mengulas mengenai portal berita Israel yang melaporkan atlet renang paralimpik Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Julai.

Menurut laporan itu, Jawatankuasa Paralimpik Israel cuba untuk mendapatkan visa untuk pasukannya dua bulan dari sekarang.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan ini bukan kali pertama atlet Israel dihalang memasuki negara ini daripada menyertai kejohanan antarabangsa.

Pada 2015, dua pelayar Israel terpaksa berundur daripada menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) di Langkawi selepas gagal mendapatkan visa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya turut sependapat dengan Steven.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya

“Mereka ini tidak ada hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *