Gempa 5.4 skala ricther gegar Jawa Barat

JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 5.4 pada Skala Richter menggegarkan barat daya Sukabumi, Jawa Barat. Gempa berpusat di 113 km Barat Daya Sukabumi, Jawa Barat itu berlaku pukul 4.54 petang waktu Indonesia Barat.

Sinar Online melaporkan bahawa menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Sukabumi, Bandung, Lembang, Pangandaran dan Pelabuhan Ratu. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.

Belum terdapat laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *