PUSAT TAHANAN RAHSIA XINJIANG

Last Updated on


Etnik Islam Uighur

BEIJING, 9 Januari – Diplomat dari 12 negara dengan populasi orang Islam terbesar melawat Xinjiang beberapa bulan selepas negara Islam berdiam diri tentang penindasan China ke atas etnik minoriti Uighur.

Agensi berita Xinhua, semalam melaporkan wakil dari Rusia, Kazakhstan, Kyrgyztan, Uzbekistan, Uzbekistan, Tajikistan, India, Indonesia dan Malaysia mengadakan lawatan ke wilayah itu pada 28 hingga 30 Disember lalu.

Kunjungan itu dibuat selepas peningkatan keraguan terhadap rekod hak asasi manusia di Beijing terutamanya kempen kekerasan menyasarkan etnik Islam Uighur.

Mereka turut dibawa ke daerah Hetian di mana salah sebuah pusat kemahiran vokasional dibuka untuk golongan itu yang mana sebelum ini PBB dan kumpulan hak asasi manusia mendakwa ia adalah pusat tahanan rahsia yang menempatkan sejuta orang Islam.

Di Pusat Pendidikan Kemahiran Vokasional dan Latihan di Moyu itu, mereka diajar bahasa kebangsaan, peralatan muzik, kaligrafi dan melukis serta pengetahuan undang-undang dan kemahiran pekerjaan dalam kelas. Diplomat terbabit turut bertanya sendiri dengan pelajar tentang pendidikan dan kehidupan mereka secara terperinci lapor Xinhua.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang berkata, “Xinjiang adalah sebuah wilayah terbuka. Tetapi mereka yang melawat Xinjiang perlu mematuhi tujuan dan prinsip piagam PBB serta tidak mengganggu hal dalaman atau melemahkan kedaulatan negara lain.

Mereka perlu mengamalkan sikap objektif dan tidak berat sebelah untuk mempercayai cerita daripada sebelah pihak” tegasnya. Sebelum ini, China berdepan kecaman negara antarabangsa selepas ia didakwa menindas etnik Uighur dan menyekat kebebasan agama mereka. – Sinar Online

Leave a Reply