Dua beradik dikelar selamat dikebumikan

Last Updated on

Dua beradik Muhamad Hafiz Idris dan Nurul Hanim Idris selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

YAN – Dua beradik yang maut dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah selamat dikebumikan sejurus azan Maghrib.

Muhamad Hafiz Idris, 1, dan kakaknya Nurul Hanim Idris , 5, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj, Yan.

Seramai 200 penduduk kampung dan saudara hadir dalam majlis pengkebumian tersebut.

Ibu mangsa Norhasyelawati Yusof, 37 yang turut hadir ke tanah perkuburan kelihatan masih lagi lemah.

Leave a Reply