“Holocaust hanya alasan” – Pakar Yahudi

Jacob Cohen, Yahudi warga Maghribi – foto qfmalaysia.org

RABAT – Jacob Cohen, pakar pengkaji warga Maghribi berdarah yahudi membuat kenyataan dalam satu seminar bertajuk “Holocaust dan Agenda Zionist” bahawa Israel masih menggunakan tragedi ‘Holocaust’ sebagai alasan mendapatkan simpati dunia bagi menjustifikasikan tindakan mereka merampas tanah rakyat Palestin.

Beliau yang dikenali dengan idea anti-zionis dan aktivis hak asasi manusia berkata “ Israel sejak 1970an lagi berusaha menonjolkan tragedi tersebut bagi ‘mensucikan’ imej mereka dan dalam masa yang sama bagi mengalihkan perhatian dunia daripada tindakan keganasan yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin.

Tambah beliau “Israel kerap menonjolkan isu ini di mata dunia bagi menunjukkan seolah-olah ia sering berada dalam risiko ancaman”.

Cohen memberitahu bahawa Israel telah menyiarkan beberapa gambar menunjukkan situasi peniaga yahudi yang diboikot Nazi. Ia dilakukan sebagai strategi menagih simpati setelah sebahagian negara eropah bertindak memboikot produk Israel yang dikeluarkan oleh kilang yang dibina atas penempatan haram di Tebing Barat. Tindakan tersebut telah menyebabkan negara eropah menarik kembali keputusan boikot.

Tambah Cohen “Pelobi yahudi telah berusaha menjadikan tragedi holocaust sebagai peristiwa sejarah yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali dengan menghalang mana-mana pihak daripada melakukan kajian berkenaan tragedi tersebut”. – Al- Quds Foundation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *