Pemilihan Agong tiada kena-mengena dengan saya – Tun Mahathir

Last Updated on

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. – Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene petang tadi menimbulkan persoalan mengenai pelantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong baharu.

Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir berkata beliau tidak terlibat dalam urusan itu.

“Itu soal Raja-Raja, tak ada kena mengena dengan saya,” jelas beliau ringkas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan empat mata itu berlangsung.

Pertemuan empat mata antara Sultan Johor dan Perdana Menteri berlangsung selama sejam setengah – Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ini ada kali pertama Tun Dr. Mahathir mengadakan pertemuan rasmi dengan Sultan Ibrahim sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Pertemuan tertutup antara Sultan Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir berlangsung 90 minit membincangkan pelbagai perkara termasuk pandangan rakyat terhadap Sultan Ibrahim.

“Saya boleh communicate (berhubung) dengan dia, kita setuju supaya kita frank (jujur), cakap secara terus terang, tiada sembunyi-sembunyi. 

“Dia bagi pandangan dia, saya bagi pandangan saya,” katanya

Perdana Menteri memaklumkan pertemuan berkenaan berjalan lancar.

Pertemuan berkenaan dicadangkan Sultan Ibrahim sejak dua minggu lalu.

Sultan Ibrahim berkenan menghantar Tun Dr. Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menaiki Proton Saga edisi pertama – Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tun Dr. Mahathir turut bersetuju untuk bertemu dengan Sultan Ibrahim pada masa akan datang sekiranya mempunyai masalah.

Beliau memaklumkan kali terakhir beliau bertemu Sultan Ibrahim ialah pada 20 tahun lalu dan jelasnya hubungan mereka berdua baik sahaja.

Leave a Reply