Penagih dadah mental kelar budak

Last Updated on

Suspek kelar dua beradik di Yan, Kedah telah ditangkap.

YAN – Suspek kes bunuh dua beradik di Kampung Kuala Sungai Yan dipercayai mempunyai masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya telah melakukan soal siasat ke atas suspek, namun masih belum menemui motif pembunuhan berkenaan.

Katanya, suspek yang berusia 49 tahun itu akan direman selama tujuh hari.

“Kita belum mengetahui motif sebenar pembunuhan ini berlaku dan kes masih dalam siasatan awal,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid

Mior Faridalatrash berkata, kanak-kanak berkenaan cedera parah ekoran ditetak dan dikelar menggunakan parang.

“Kita telah menemui senjata parang berkenaan di jalan dan di rumah suspek,” katanya ketika ditemui media di pekarangan rumah mangsa di Kuala Sungai Yan.

Menurutnya, suspek turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

Tambahnya, pihak polis akan memanggil kesemua saksi yang berada di lokasi kejadian bagi tujuan membantu siasatan. – Sinar Harian

Leave a Reply