Yahudi gesa Australia boikot perlawanan bola sepak menentang Palestin

Pasukan bola sepak Australia – Foto qfmalaysia.org

Yahudi terus menekan kebebasan Palestin walaupun di peringkat antarabangsa apabila Persatuan Yahudi Australia (AJA) menggesa pasukan bola sepak kebangsaan negara itu supaya memboikot perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia menentang Palestin Jumaat ini.

Gesaan itu dilakukan atas alasan dangkal kononnya Palestin bukan negara yang diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

Alasan itu menampakkan kebodohan AJA kerana Palestin telah diterima menyertai FIFA sejak 1998 dan layak untuk bertanding dalam kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.

Pasukan bola sepak Palestin

Australia dijadualkan menentang Palestin dalam kumpulan B di Dubai setelah kalah kepada Jordan dalam perlawanan pembukaan.

Terdahulu, Palestin seri tanpa jaringan dengan Syria di Sharjah.

Laporan turut menyatakan sekalipun Australia mempunyai hubungan dengan Palestin tetapi ia merupakan salah sebuah negara yang tidak mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah. – Al-Quds Foundation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *