ADUN Semenyih meninggal dunia

ADUN Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, menghembuskan nafas terakhir jam 4.45 pagi tadi di Hospital Kajang dipercayai akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah melalui satu kenyataan media mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Semenyih dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh. Alfatihah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *