Ahli politik bakal disingkir kerana beragama Islam

Last Updated on

Shahid Shafi, ahli politik Texas yang beragama islam – Foto Sinar Online

AMERIKA SYARIKAT – Parti Republikan di Tarrant County akan mengundi minggu ini bagi menyingkirkan naib pengerusi mereka kerana beliau beragama Islam.

Menurut sinar Online, kempen tersebut diketuai Dorrie O’ Brien dan wanita itu kini di landasan tepat dalam cubaan menyingkirkan Shahid Shafi, seorang pakar bedah trauma di Forth Worth iaitu bandar terbesar di Tarrant County. “Kami fikir beliau amat tidak sesuai menjadi naib pengerusi kerana beliau mempraktikkan Islam.”

“Perlu diingat, bukan semua anggota Republikan di Tarrant County beranggapan bahawa Islam itu selamat dan boleh diterima di negara ini,” katanya. Tambah O’ Brien, “timbul keraguan mengenai pemisahan politik Shafi dan beliau yakin pihaknya mempunyai undi yang mencukupi untuk menyingkirkan pakar bedah tersebut.” Katanya lagi, “keinginan tinggi untuk menyingkirkan Shafi bukan kerana agama dianutinya, sebaliknya timbul persoalan sama ada beliau mungkin setia kepada undang-undang Islam atau mungkin mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Islam.”

Sementara itu, pengerusi parti Darl Easton yang melantik Shafi menganggap langkah tersebut sebagai menjijikkan. “Ianya amat keterlaluan sehingga kita perlu mengambil pendekatan seumpama ini,” katanya. Shafi berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Pakistan pada tahun 1990 sebelum mendapat kerakyatan pada 2009. Beliau dilantik ke jawatan itu tahun lepas dan merupakan ahli Majlis Bandaraya Southlake.

Leave a Reply