AS undur tentera dari Syria

Mike Pompeo bersama Sisi di Kaherah – foto Al-Jazeera

KAHERAH, 11 Januari – Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo menyatakan bahawa Amerika akan mengundurkan tenteranya daripada Syria tetapi dalam masa yang sama akan terus memerangi militant ISIS.

Al-Jazeera melaporkan kenyataan beliau ketika bercakap di Kaherah dalam sidang media bersama rakan sejawat beliau daripada Mesir, Sameh Shoukry Khamis lepas, beliau menegaskan bahawa Amerika akan sentiasa menjaga keutuhan hubungan bersama negara rakan mereka di Timur Tengah.

“Presiden Trump telah memutuskan untuk mengundurkan tentera Amerika daripada Syria dan kami akan melaksanakannya,” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *