Mahkamah India bakal dengar kembali kes Ayodhya

Last Updated on

Ayodhya saksi ribuan korban nyawa kerana perbalahan agama – Foto google

AYODHYA, 11 Januari – Mahkamah Tertinggi India dijangka akan mendengar kembali kes Ayodhya pada 29 Januari depan.

Kes ini telah mengundang perdebatan dan kontroversi hangat berkenaan rancangan untuk membina kuil Hindu di tapak runtuhan masjid yang dibina semasa era Mughal. Isu ini telah menjadi pertikaian antara penganut Hindu dan Islam sejak ia dibina pada abad ke-16.

Reuters melaporkan daripada agensi berita BBC News, semenjak pilihanraya yang lepas, penyokong kerajaan sekarang mendesak agar kuil hindu dibina ditapak tersebut. Ia merupakan salah satu janji pilihanraya yang telah dibuat oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Masjid Babri dibina dalam bandar Ayodhya semasa era pemerintahan dinasti Mughal. Bagaimanapun para penganut Hindu telah merobohkan masjid tersebut pada 1992 lalu mengakibatkan perbalahan antara penganut kedua-dua agama tersebut sehingga mengorbankan hampir 2000 nyawa.

Penganut Hindu mendakwa masjid tersebut dibina atas tanah yang merupakan tempat kelahiran Dewa Ram.

Mahkamah Tinggi Allahabad sebelum ini memutuskan bahawa tanah itu harus dibahagikan kepada tiga bahagian, lapor Timesof India. Dewa Hindu, Hindu-nasionalis dan Lembaga Sunni Waqf masing-masing mendapat satu bahagian.

Leave a Reply