Sultan Pahang baharu

Sultan Pahang keenam, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah

PEKAN – Pemangku Sultan Pahang sebelum ini, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu diumumkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas yang diadakan di Istana Abu Bakar hari ini.

Tengku Abdul Rahman bertitah, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 9A yang baharu ke dalam Perkara 34, Bahagian 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.

“Implikasi penurunan takhta disebabkan oleh kegeringan yang besar dan berat.

“Ia juga atas nasihat Jumaah Pangkuan Raja Pahang yang bermesyuarat dan membuat keputusan serta menggazetkannya di Kuala Lumpur semalam,” titah Tengku Abdul Rahman.

Istiadat pemasyhuran akan diadakan 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, 11.00 pagi. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *