Bekalan barang basah terkawal menjelang musim perayaan

KPDNHEP melakukan tinjauan bekalan barangan basah di ibu negara

KUALA LUMPUR – Tinjauan di Pasar Basah Chow Kit mendapati bekalan dan harga ikan serta ayam masih terkawal walaupun mendapati rungutan bahawa sudah ada tanda kekurangan bekalan ayam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Low Swee Hon menegaskan, pihaknya meneruskan pemeriksaan bagi mengenal pasti kenaikan harga bahan basah berkenaan.

Jika terdapat peruncit yang didapati mengambil keuntungan berlebihan akan diberi tindakan tegas.

“Dalam aspek ni kementerian akan terus buat pemeriksaan kepada pemborong dan peladang untuk kenal pasti kenaikan harga.

“Jika ada unsur pengambilan keuntungan berlebihan, kementerian atau pegawai penguatkuasa akan keluarkan notis Seksyen 21 di bawah
Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 untuk dapat penjelasan kenapa berlaku kenaikan harga supaya dibuat siasatan lanjut di bawah kesalahan mencatut,” kata Low. 

Mengulas kenyataan seorang pemilik pasar raya besar yang menggesa larangan pengeksportan ayam, KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani berhubung penstabilan bekalan ayam dalam negara.

Bekalan ayam untuk musim perayaan mencukupi

Tambahnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) untuk mengenal pasti jika ada pakatan harga di antara peruncit-peruncit tempatan.

Beliau ditemui media selepas membuat tinjauan harga barang basah di Pasar Basah Chow Kit siang tadi.

Tinjauan ke atas lebih kurang 20 buah gerai barangan basah mendapati bekalan semasa bagi ikan dan ayam adalah terkawal dan mencukupi.

Harga ikan kembung bagi sejuk beku contohnya dijual pada harga 11 ke 12 ringgit sekilogram manakala ayam standard dijual pada harga RM8.50 sekilogram.

Harga ikan masih terkawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *