Kotak Hitam Kedua ditemui

Last Updated on

Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas pada Oktober lalu dan mengorbankan 189 nyawa – Foto Sinar Online

JAKARTA, 14 Januari – Perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Lion Air, JT 601 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Oktober lalu telah ditemui.

Sinar Online dalam laporannya menyebutkan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT), Haryo Satmiko memaklumkan kotak hitam kedua itu ditemui penyelam tentera pada jam 9.10 pagi (waktu tempatan), hari ini.

“Ia dijumpai tidak jauh lokasi nahas dan diangkut ke kapal tentera laut sebelum dibawa ke Jakarta,”ujarnya.

Minggu lalu, KNKT menyambung semula carian CVR tersebut yang diharap dapat memberikan jawapan tentang punca sebenar nahas pesawat tersebut yang telah meragut nyawa kesemua 189 penumpang. Hasil siasatan awal kotak hitam pertama atau perakam data penerbangan (FDR) sebelum ini mendapati petunjuk kelajuan udara pesawat terbabit alami kerosakan.

Leave a Reply