Politikus Hispanik mahu cabar Trump

Last Updated on

Julian Castro – Foto Sinar Online

AUSTIN – AMERIKA SYARIKAT, 14 Januari – Seorang ahli politik Hispanik terkemuka telah mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 bagi menghalang Presiden Donald Trump meneruskan penggal kedua pentadbirannya, lapor Sinar Online.

“Saya adalah calon untuk presiden AS. Ada krisis kepimpinan hari ini. Trump gagal untuk menegakkan nilai bangsa kita yang hebat,” kata bekas Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar (HUD), Julian Castro, 44 ketika membuat pengumuman itu di San Antonio, Texas, semalam. Jika dilantik, Castro akan menjadi presiden Hispanik pertama dalam sejarah AS.

Leave a Reply