Tikus serang kem pelarian

Kanak-kanak di kem I’zaz terdedah kepada jangkitan kuman tikus – Foto qfmalaysia.org

SYRIA, 14 Januari – Pelarian Palestin di kem I’zaz, utara Syria menghadapi masalah terbaru iaitu penyebaran populasi tikus yang membimbangkan penghuni kem.

Aktivis, Ammar Al-Qudusi, ahli Persatuan Pelarian Palestin berkata terdapat seorang kanak-kanak digigit tikus pada bahagian bawah bibir. Terdapat 13 kes gigitan tikus selain itu yang dilaporkan.

Dia menyelar pihak berkuasa tempatan kerana memandang remeh isu tersebut sambil menyatakan penggunaan racun arsenik oleh pihak pengurusan kem tidak berjaya menyelesaikan isu tersebut.

Laporan Al-Quds Foundation Malaysia menyebutkan bahawa penghuni kem menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan anak-anak mereka berikutan jangkitan kuman dan penyakit yang mula tersebar akibat gigitan tikus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *