Hibah 2018 tetap diberi – TH

Last Updated on


Datuk Sri Zukri Samat memberikan kenyataan media di menara Tabung Haji hari ini.

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2019 – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mampu menarik nafas lega dengan pembayaran dividen bagi tahun 2018 secara sah.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Zukri Samat mengingatkan para pendeposit supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dengan kadar dividen yang akan diberikan.

Katanya, jangkaan hibah bagi 2018 mungkin tidak setinggi yang mereka sangka. Pendeposit mungkin mengeluarkan wang yang dicarum.

“Dengan situasi sekarang, kita harap pendeposit akan kekal dengan TH untuk tahun 2018. Kami telah melakukan pelan pemulihan dan insya Allah ia akan berjaya,” jelas beliau lagi.

Tambahnya, “kadar dividen mungkin rendah kerana TH baru saja dipulihkan dan ia bergantung kepada prestasi kewangan mereka.”

Menurut beliau lagi, penyata imbangan TH hari ini semakin pulih setelah selesai memindahkan aset yang tidak menguntungkan kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Katanya “sudah tentu SPV akan memastikan nilai aset ini meningkat dan ia adalah tanggungjawab mereka. Saya percaya kerana ia di bawah kerajaan. Mereka pasti lakukan sesuatu supaya ia berkesan. 

Aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan (MOF).”

Pihaknya juga akan menyediakan pengemaskinian prestasi kewangan TH setiap tiga bulan, jelas beliau yang ditemui pada taklimat media di Menara Tabung Haji hari ini.

11 Disember lalu, beliau mengumumkan pemindahan aset berkenaan bernilai kira-kira RM 19.9 bilion kepada SPV bagi memperbaiki kedudukan kewangannya.

Leave a Reply