Karavan warga Palestin diroboh Israel

Last Updated on

Wanita Palestin meraung apabila rumahnya diroboh Israel – Foto Sinar Online

RAMALLAH, 17 Januari – Jentolak Israel memusnahkan sebuah karavan milik seorang lelaki Palestin di perkampungan Fasayil berhampiran Jericho di Tebing Barat yang diduduki.

Israel memberi alasan terpaksa merobohkan karavan milik Abed Al-Hadi Abyat itu kerana ia dibina tanpa permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa rejim.

Menurut Abyat, beliau telah melantik seorang peguam selepas menerima notis perobohan empat bulan lalu, namun Israel tetap merobohkan karavannya menyebabkan keluarganya hilang tempat tinggal.

Sinar Online melaporkan rejim Zionis sering menggunakan alasan pembinaan tanpa permit bagi membolehkannya terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin secara sistematik.

Hampir semua permohonan permit di Kawasan C ditolak pihak berkuasa Israel, memaksa rakyat Palestin membina rumah secara haram.

Leave a Reply