Netanyahu arah sekat dana Qatar ke Gaza

Last Updated on

Israel bertindak balas terhadap Gaza setelah seorang askarnya dicederakan – Foto Sinar Online

TEl AVI, 24 Januari – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan dana Qatar ke Genting Gaza yang dikepung dihentikan.

Netanyahu mengeluarkan arahan itu selepas seorang askar Israel cedera ringan terkena peluru yang didakwa dilepaskan dari Gaza dalam kejadian kelmarin.

Sinar Online melaporkan dana itu sepatutnya dihantar ke Gaza semalam selepas ia disekat selama seminggu oleh rejim Zionis.

Dalam kejadian kelmarin, seorang askar Israel cedera terkena peluru berhampiran pagar sempadan.

Insiden itu berlaku tidak lama selepas serangan artileri Israel di Al-Breij yang membunuh seorang rakyat Palestin dan mencederakan empat yang lain.

Leave a Reply