CADANG NAIK BAHAN API DIBALAS DENGAN PROTES MEGA

Last Updated on

Paris nyaris lumpuh akibat protes mega yang dilancarkan warga Perancis sebagai tindak balas terhadap cadangan menaikkan harga bahan api – Foto Sinar Online

PARIS, 27 Januari – Ribuan penunjuk perasaan ves kuning berarak di Paris dan beberapa bandar lain semalam, susulan protes anti kerajaan yang kini memasuki minggu ke-11.

Sinar Online melaporkan protes disertai kira – kira 22,000 orang, jumlah lebih kecil berbanding tunjuk perasaan sebelum ini, namun kekecohan tetap berlaku di beberapa lokasi himpunan.

Tunjuk perasaan ves kuning bermula pertengahan November lalu berikutan cadangan kerajaan menaikkan cukai bahan api, ia lalu bertukar menjadi protes besar – besaran terhadap kerajaan Presiden Emmanuel Macron.

Dalam usaha menenangkan rakyat Perancis, Macron melancarkan debat umum yang diharapkan dapat mencari penyelesaian berhubung kemelut terbabit.

Dalam pada itu, beberapa ahli ves kuning mencadangkan beberapa calon untuk bertanding dalam pilihan raya Mei depan untuk Parlimen Eropah.

Sementara itu, pihak yang menentang tunjuk perasaan ves kuning mengutuk keganasan yang berlaku susulan protes terbabit.

Leave a Reply