100 ribu kediaman B40, belia, setiap tahun

Last Updated on

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika pelancaran Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di Pusat Konvensyen Sime Darby

100 ribu rumah mampu milik dan juga rumah transit belia bakal dibangunkan demi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) pada setiap tahun bermula tahun ini. Sasaran itu sebagai memenuhi Sub Dasar Rumah Mampu Milik Negara bagi membantu golongan berkenaan di bawah Dasar Perumahan Negara (2018-2025).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata sebanyak 54% atau 61,000 unit rumah mampu milik daripada 100,000 itu akan dibangunkan oleh K-P-K-T sendiri dan selebihnya diuruskan kerajaan negeri dan pihak swasta.

 “Kita sudah ada senarai yang telah kita bahagi ikut negeri dan tempat yang mencapai angka 100 ribu pada tahun 2019 insya Allah.

“Ia termasuk kerjasama dengan peringkat negeri dan pemaju swasta yang akan mainkan peranan dan ambil kira pembinaan ini.

“Bisnes modelnya adalah dalam bentuk cross subsidy dan Rent-To-Own (sewa beli) untuk memudahkan pemilikan rumah.”

Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 mencakupi 5 teras utama, 16 strategi dan 57 pelan tindakan bagi memperkasa perumahan negara agar saksama kepada rakyat.

Malah DRN yang dikeluarkan ini berfungsi sebagai rujukan dan garis panduan kepada semua pemain industri dan pembeli dalam menyediakan dan pemilikan rumah baharu.

Katanya, rumah mampu milik baharu 2019 akan dibina dengan berkeluasan sekurang-kurangnya 900 kaki persegi, manakala dari segi penentuan harga ditetapkan di antara RM 95,000 hingga RM 300,000.

Kerajaan juga komited membina projek rumah transit belia berkonsepkan studio sebanyak 400 unit dengan keluasan 500 kaki persegi setiap satu khusus buat belia bujang dan yang belum mendirikan rumah tangga.

Leave a Reply